Friday, November 2, 2018

#1

Oktober dah melabuhkan tirai. November datang menjenguk. Pejam celik pejam celik, lagi 2 bulan genap setahun. Cepat betul masa berlalu. Masa berlalu dengan pantas tapi ingatan aku terhadap dia masih berlegar-legar dalam kepala otak aku.

Pembuka post, cerita sedih. Bapak tak best. Kan? Walaupun tak ada orang akan baca coretan aku ni, tapi ni lah tempat aku menulis. Melepaskan segala macam rasa dekat sini, dulu lah. Now, I'm back writing dan masih lagi mencari content apa untuk ditulis. Sejak dia tak ada, aku hilang tempat meluah. Bukan aku tak nak meluah dekat kengkawan atau ahli keluarga, tapi aku ada trust issues dengan setiap seorang dari mereka. Ada yang being judgemental, ada yang simpan cerita kau untuk jatuhkan kau, ada yang dengar cerita kau hanya untuk gelakkan kau dan macam-macam lagi. Aku dah lalui semua itu, sebab tu aku lagi suka pendam dari meluahkan dekat kengkawan aku ataupun family aku. Jadi, kembali aku menulis. Biarlah luahan itu diluahkan di sini dan habis di sini. Mana tahu 10 tahun akan datang aku akan imbas kembali liku-liku hidup aku. Siapa tahu, kan?

Aku dah terlelap petang tadi. Niat nak main PUBG sampai ke petang tapi rasa mengantuk mengawal diri lalu aku terlelap. Now, bapak susahnya lahai nak tidur. Godek sana godek sini, last-last end up membebel dekat blog sendiri. Aku tak tau nak bebel apa. Saja buat satu post so that nanti sekurang-kurangnya aku dah start. Biarlah kalau bersawang pon lepas posting yang pertama ni. Janji ada first content and aku boleh continue from here.

Golek sana golek sini akhirnya aku dapat satu content. Hopefully aku boleh karangkan esok. Jadi esok je lah aku proceed dengan post yang betul-betul ade content. Content tak ada lah gempak sangat, pasal aku je. Dah nama pon blog aku. By the way, memandangkan aku creat posting pakai phone apps so bagi korang yang dah biasa dengan the "old me" punya posting harap maaf lah ye. Kali ni blog aku mmg literally tulisan sahaja. Aku xde laptop nor pc untuk blogging secantik-cantiknya macam previous blog aku.

Daa~