About Me

My photo
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
My name is Ammar. Was born in Kuala Lumpur. UiTM Jengka's graduate in Diploma in Accountancy. My passion is to impact, influence and make a different in people's life through motivation and positivity. I'm hoping that one day #motivasimovers going to be an NGO that give full support according to it purposes to the community that needs help.

Thursday, February 14, 2019

Matangkan Pemikiran - Cucu Mencari Kesempurnaan

Cucu : Atok, saya ada soalan.
Atok : Apa dia cu?
Cucu : Macam mana kita nak cari orang yang sempurna untuk kita?
Atok : Kau nampak padang di depan tu yang ditumbuhi dengan bunga yang cantik? Kau pergi ke padang tu dan petikkan atok sekuntum bunga yang paling catik sekali dekat padang tu.

Setelah sekian lama memetik, si cucu pun kembali dengan perasaan yang tidak senang.

Cucu : Atok, dah banyak dah saya petik. Tapi bila jalan je depan sikit saya jumpa yang lagi cantik.
Atok : Kemudian apa yang kamu buat dengan bunga-bunga yang kamu petik terlebih dahulu?
Cucu : Saya buang atok, sebab atok nak sekuntum sahaja kan.
Atok : Bila kamu buang bunga-bunga yang dah kamu petik awal-awal tadi, apa akan berlaku dengan bunga-bunga tersebut?
Cucu : Lama-kelamaan mereka akan kering dan mati atok.
Atok : Jadi, begitulah jugak dalam kesempurnaan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Pada waktu ketika kita dah memiliki satu bunga yang cantik akan tetapi dalam perjalanan kita akan bertembung dengan bunga yang lagi cantik lalu kita akan petik bunga tersebut kerana dia memiliki ciri-ciri yang kita cari dan kita akan buang bunga yang selama ini kita miliki lalu bunga itu akan lama kelamaan mati. Dan proses ini akan berulang selagi mana kita masih mencari dan tidak menghargai. Lain jadi dengan bunga yang kita semai, permulaannya mungkin tidak secantik bunga yang ada di taman tapi pengkahirannya kita tau apa hasilnya kerana kita sendiri yang semai dan baja bunga tersebut.

Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada. Kita selalu membandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain sedangkan yang didepan mata itu lah yang perlu dihargai dan diperbaiki. Pernah tak sekali dalam seumur hidup kita, kita membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain tak ada? Tak pernah. Sebab kita memang manusia yang tak pernah kenal erti syukur.

#2

It's been a while since last aku buat posting dekat blog. Banyak sebenarnya benda yang aku nak tulis, tapi aku tak tau nak start dari mana. Bagi yang tertanya-tanya, blogging adalah salah satu aku tulis apa aku nak tulis without being judge. It's not like facebook where semua orang nak bagi komen dan pendapat sendiri walaupun tak ada kaitan dengan diorg. Al-maklumlah, facebook ni lah "dunia tanpa sempadan."

Last 2 weeks, aku pegi kelas free Dr Azizan dekat Setia Alam Convention Center. Walaupun kelas yang dia adakan tu kelas Business 101, tapi dalam kelas tu aku macam come to my sense lah. Yela kekadang kita memang belajar sesuatu benda tu tapi, mungkin disebabkan kurang pendedahan dan juga kurang penggunaan ilmu tu jadi aku mcm terlepas pandang. Aku pun tak nak elaborate panjang-panjang pasal class ni. Lama dah berlalu. Energy nak deliver cerita ni dah deplete.

Haa ni yang nak cerita and energy meletus-letus ni. Hahaha. 

So after aku pergi kelas Dr Azizan, balik and jalankan rutin harian aku seperti biasa, out of nowhere yang jenis tak ada angin tak ada ribut tak ada apa, my ex text me back! Setelah sekian lama, setahun setengah aku rasa macam tak ada tujuan hidup, hopeless, useless and macam-macam lagi aku put blame on myself sampaikan nak hidup and nak bekerja untuk melangsungkan hidup pun aku rasa macam tak ada faedah. It's better for me to die. 

Ye guys, selama setahun setengah aku merana disebabkan cinta. Kisah macam mana dia tinggalkan aku? Macam mana aku rasa nak mati hari-hari lepas tu? Tunggu lah kalau ada pembaca yang tanya aku tulis lah. Aku syok sendiri ja menulis ni. 

Nak di jadikan cerita, setelah aku bertungkus lumus tarik diri aku balik berdiri, setelah aku buang semua memori, setelah ku dimiliki, kau lepas segala kata dan janjimu. Ku lakukan semua, hanya kau yang ku ada. Percaya kepadamu, kebodohan kuuuuuu. Eh, ternyanyi pula! 

Ok serious. Setelah aku dah berjaya buang dia dari hidup aku sepenuhnya, sampaikan no phone pon aku dah buang, dia datang cari aku dan secara jujur nak up until now aku tak tau apa motif dia contact aku. 

"Sekiranya masih ada lagi keinginan untuk berjumpa tu, saya ok. Boleh jumpa. Awak boleh tnya apa je dan sy akan jawab. Tp kalau awak minta saya cerita, emang sy tak tahu la nak cerita dari mana. Itupun kalau masih ada lagi la keinginan tu. Kalau awak rasa dah  tak perlu nak buka lagi cerita lama, then tak apa. Saya ok je mana2. Tp kalau awak dah in rship skrg ni, Tak perlu la jumpa. Dah tak wajar jadinya nak bercerita pasal hal tu lagi. Sbbnya saya rasa macam berhutang dengan seseorang. Hutang yg tak berlangsai. Saya nak write off la semua benda ni tak mahu fikir dah. Sorry ye encik ammar. Kalau kehadiran saya skrg ni lebih menyakitkan awak."

Aku ni lemah and lembik. Walaupun time nak move on tu dah berbakul maki dan sumpah seranah but when it come to this memang aku tak jadi marah. For those yang tak kenal aku and mungkin tak mengenali aku walaupun dah berkawan lama, aku jenis yang sembur terus dan memang kalau aku sembur tu kau berdarah dan boleh meninggal kalau tak dapatkan darah tambahan tapi hati aku tak ada lah sampai benci. Lepas dah sembur tu aku ok dah and tak ingat dah pasal tu. Hari tu habis, habis. Tak ada nak panjang-panjang kan cerita. Orang yang aku simpan impian bersama selama 6 tahun pun tak boleh nak kenal aku and faham aku, kau yang baru kenal aku setahun jagung dah judge aku. F U!! Hahaha.

Yang dekat atas aku quote tu bukanlah mukadimah dia. Tu lepas dia dah mukadimah konon acah. Aku benci. Benci orang hipokrit, bermuka-muka konon baik ni. Yah, if you reading this post, that's what yang aku rasa. Kengkawan aku semua tak elok bagi dia walaupun pakai tak cukup kain. Aku sampai buang kengkawan aku semata nak jaga hati dia, nak tunaikan janji-janji aku nak jadi yang terbaik untuk dia. Ternyata aku ja yang cuba mengubah diri aku yang xxx (x yah tulis lah, aib. hahaha.) kepada aku sewaktu dengan dia. KAU INGAT SENANG KE?!

What's done is done and barang yang lepas jangan dikenang. Abg ok cuma abg geram. Aku tak sangka orang yang macam dia sanggup buat aku macam ni. Kalau korang kenal dia, apa kisah silam dia sebelum dia dengan aku, korang tak akan percaya apa yang dia dah buat dekat aku and korang akan tau kenapa aku depressed for one and a half years!!

"Mmg terasa pun. Perasaan sy dah mula on n off. Lepas abes dekat segamat n sebelum masuk intern lg. Awal 2017 mcm tu. Sy pun taktau kenapa sy bole jd nak marah sgt2 utk perkara yg kecik. Permulaannya, awak tnya sy bila eh awk stat intern. Soalan ni lebih dr 3kali awak tnya. Sy jawab je soalan tu, tp jd takde mood. Haritu sy dah jwb, eh ni tnya lagi. Sy tak suka org yg tanya soalan yg sama berulang kali. Seolah tak fokus apa yg sy pernah bgtahu awak dulu. Kiranya tanya tu mcm saja2 je. Tak masuk dlm kepala pun apa yg sy jawab tu. Dr situ jugaklah fikiran sy stat menerawang kesana sini. Time tu jugak la terus dtg kat kepala ni, semua benda2 buruk yg pernah berlaku. Dr zmn dip dulu, segala hinaan, tuduhan, apa yg awak dah labelkan sy, sy yg tak reti nak mghormati awak depan kwn2 awak, sy yg berkasar dgn awak, tak reti layan baik2. Sy dah rasa diri ni tak layak n tak sesuai dgn awak ni. Mcm2 sy fikir time tu. Umur dah meningkat sgt ni. Betul ke aku akan hidup dgn dia ni. Boleh ke dia ni masuk dlm keluarga aku. Berbekalkan pengalaman2 pahit semua tu dulu. Boleh ke jd pasangan yg bahagia. Bila ada masalah kecik, Yg buatkan sy marah, Then awak pun nak marah sama. So siapa yg nak beralah ni. Klau awak beralah pun, mesti guna ayat yg lg nak tambah sakit hati. Mgkin sbb awak nak sy renungkan kat mana salahnya sy ni. Awak nak sy ubah sikap itu ini. Tp dgn cara yg sgt mnyakitkan hati. Kita tgh sakit hati ni. Dia lagi tmbah api pulak. Makin lama sy menung semua benda tu, makin penat pulak rasa. Bila sy dah masuk intern, hampir setiap hari sy duk menung fikir benda sama. Keje dlm dept finance dah la memerlukan focus yg tinggi. Then sy smpai buang awak sekejap la dr fikiran sy. Nak focus kerja nya pasal n sy pun selalu tolak ajakan awak nak keluar makan sama. Sy pun tk tahu mcm mana sy boleh berhati keras mcm tu n ada satu hari tu sy kuatkan juga diri ni ajak awak lunch dekat dpulze. Sy mmg dah ada niat nak discuss dgn awak. Pasal kemurungan sy yg dah lama sy pendam tu or mungkin putus terus time tu. Tp tak jadi la. Sbb awak pernah ckp, tak ada org lain yg boleh sygkan sy macam mana awak sygkan sy. Jadinya sy nasihatkan diri sndiri jangan buat kputusan terburu2. Relax dulu. Nanti mnyesal. Apa yg depan mata ni semua ujian ni. Lepas tu macam dah elok sikit. Kita contact macam biasa. Time buka puasa tu pun sy ok lagi dengan awak. Rasa seronok tgok wak dgn partner dia. Sy pun ada awak. Rasa tak kesunyian la. Rasa macam sampai tua nanti kita macam ni. Keluar berdua n dgn kawan2 yg lain pun bawak partner nya. Sy suka keadaan tu. Lepas dr tu, baru sy betul2 berubah. Sbb sy sendiri tak sedar yg sy dah mula suka dgn keperibadian sseorang n sy dah pun ter compare kan sikap awak n sikap dia. Tp sy tak benci awak pun. Cumanya sy tak boleh nak layan 2 org dlm satu masa. Lama sy layan awak acuh tak acuh je. Dlm masa yg sama sy tgh mngumpul kekuatan macam mana nak terus terang dgn awak ni. Lepas tu dgn tak tahu malunya, boleh pula sy minta tolong awak hntar sy ke segamat. Yg tu mmg kejam sgt. Sbb dah terbiasa minta tolong dgn awak. Awak pun mesti boleh tolong. Sy pun dah agak mesti awak akan persoalkan pertolongan yg awak dah beri tu n biarlah tu pertolongan terakhir drpd awak. Sy taknak minta tolong apa2 lagi. Jadinya lepas dr hal tu (dlm bulan8 macam tu) sy selalu diamkan diri kan. Hnya text awak bila perlu sahaja. Utk kasi awak bersedia n tak terkejut sgt apa yg sy akan minta dr awak nanti."
I'm not trying to play the victim here. Kalau nak play victim, terhina lah dia aku buat secara tak langsung. Aku tak nak. Dia tetap yang terbaik bagi aku. Yes, permulaan perhubungan aku mmg treated her badly. But lama kelamaan aku try ubah diri aku. But bagi aku apa yang lepas tu lepas, because we are not living in the past. WE ARE LIVING IN THE PRESENT!! So why should you turn your head and looking baack while you are progressing further ahead? Banyak sebenarnya aku boleh argue dengan dia. Aku bab-bab ni memang aku champion. Tapi disebakan dia dgn aku pun dah tak ada apa-apa and dia pun dah layan aku macam sampah so aku tak give a fuck pon pasal semua tu.

Tujuan aku melayan adalah disebabkan dia nak provide aku dengan jawapan untuk soalan-soalan aku yang tak terjawab bila aku tanya time dia tinggalkan aku. Sebab tu aku melayan. So bila aku dapat jawapan dari dia aku boleh fixed what was broken inside me. I'm not trying to fix the relationship, I'm trying to fix me! But cara dia jawap lepas aku tanya soalan kedua memang really get on my nerves.

"WA'ALAIKUMSALAM, DAH2 LAH. TAKYAH TANYA BENDA YANG TAK BOLEH NAK UBAH."
That's really get on my nerves and it triggered me in just a second macam tu je. Luckily for her, I'm in a better state and I know how to control my anger. Kalau tak perkataan betina confirm keluar. Aku memang pantang orang macam ni.

Eh hello excuse me miss. I'm not the one who fucking text you! No kau pun aku dah delete! I'm not the one yang cari kau! I'm not the one yang tetiba nak "write off" everything! I'm already at my peace with myself and with our past! You are the one who fucking come and text me and you the one who said "awak boleh tanya apa je dan saya akan jawab". Now you guys know with what type of person I'm dealing with. Fuhhh. Saat menulis ni je pon dada aku laju bergerak. Sebab aku terasa macam diperbodoh-bodohkan dan diperkotak-katikkan. Kau baru jawap satu soalan kot. Aku ada berpuluh list soalan lagi untuk kau tapi baru soalan no 2 kau dah melenting. If you are not ready to telan semua soalan aku, jangan lah cari aku. Simple kan? Write off your ass je lah weyh. Nyirap pulak aku.

Dah aku malas drag cerita tak sihat ni. Aku banyak lagi cerita ni tapi cerita pasal ni saja dah makan bnyak space. Aku nak nulis sikit jer sebab banyak benda nak diceritakan contoh mcm Mjestic, Karina and etc. Tapi tak apa lah. Aku buat dalam posting yang lain kot. So setakat ni je lah penulisan aku for this entry. Jumpa korang at my next entry ya.

**************************************************************************************************************

If you are reading this I just want to let you know that you we're the best that I ever had. Kau tau aku sayangkan kau macam mana kan? Kau sempurna dalam segala segi tapi cacat dalam beberapa perkara. If you are reading this, this is my 2cents. Nak terima ikut kau, tak nak terima pun ikut kau.

LACK OF COMMUNICATION

We are lacking in communication due to kau suka simpan things from me. Kau marah, tak puas hati, tak suka, merajuk, tarik muka, buat perangai and etc, sampai sekarang sumpah hampir kesemua sebab kita gaduh was when you are not telling me what happened and bila kau cakap nanti kau nak bagi tau, "nanti" kau tu tak kunjung tiba.

In the future, communication is important. Apa tak suka, tak puas hati, tak berkenan CAKAP. Manusia ni tak boleh baca fikiran orang. Jadi kene cakap. Jangan pendam. Kau suka pendam benda and tak nak cakap. Communication is important dalam perhubungan. Kau ingat dengan layanan baik persis drama petang-petang tv3 tu kau boleh bahagia? Banyak sangat tengok tv kau ni.

Kemudian, terima lah baik buruk seseorang. Perbaiki diri sesama. Bukannya badingkan dengan orang lain. Bila kau buat perbandingan dengan orang lain, habislah. Kau cari kesempurnaan bila kau buat perbandingan dengan orang lain. Sempurna itu tak wujud sebab tiada manusia yang sermpurna. Masing-masing ada flaws masing-masing dan tugas pasangan lah untuk tutup kelemahan pasangan dia. Perancangan Allah ni hebat. Kalau si suami ada kelemahan, Allah hadirkan kelebihan tu dalam si isteri. Begitu juga sebaliknya. Sebab tu setiap kehidupan diciptakan berpasangan dan bergantung antara satu sama lain.

Bila kau membandingkan apa yang kau ada dengan apa yang kau tak ada, hidup kau tak akan pernah cukup. Mesti kau pernah dengar kan kisah mencari bunga paling cantik di padang yang luas? Kisah si atok tentang pilihan dalam hidup. Kalau tak tau klik sini.

Kau nak tau kenapa aku masih lagi boleh bertahan dengan aku? Kau nak tau kenapa aku pilih kau? Kalau kau baca dan kau nak tau, kau cari aku. Tak perlu aku bagi tau kalau kau sendiri tak nak tau. Syok sendiri nama dia. Cukup lah 6 tahun aku syok sendiri dgn angan-angan kau!


Friday, February 1, 2019

Reset Pemikiran - Bulatan Sosial

Bulatan sosial dalam bahasa inggeris adalah "Social Circle". Apa signifikannya kita punya circle ni untuk reset pemikiran kita? Apa yang circle ni boleh contribute dalam kehidupan kita? Banyak sebenarnya. Aku pernah bercerita tentang Konsep 3 Peringkat Pemikiran yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, seorang psikologis dari Australia. Betul ke aku eja psikologi tu? So, kalau korang belum tengok, korang boleh click sini.

Jadi, secara ringkasnya video tersebut aku kongsikan dengan korang pasal subconscious mind ni and how it works. Jadi social circle kau akan memberi impact dekat subconscious kau. Pernah dengar ayat ni? ; kalau berkawan dengan pencacai kita bau pencacai, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan wangi. Macam tu lah jugak social circle kau. Tak kira lah in real life dan dunia maya. Bahasa mudah untuk faham apa sosial circle ni adalah "geng". Kau mesti ada geng bola kau, geng karoke kau, geng surau kau. Dalam setiap social circle tu orangnya berlainan bukan? Mungkin akan ada sorang dua dalam geng yang sama. Aku groupkan aku punya social circle kepada beberapa kumpulan so that aku boleh kategorikan mengikut kepentingan masing-masing. Mana social circle yang aku patut spend more time with them dan mana social circle yang aku patut avoid or spend less time with them. 

Because kalau kau duduk dalam circle yang full of negativity, you'll end up negative. Starting from now, start memilih kawan. Memilih dengan cara macam mana? Kita berkawan dengan semua orang, tapi yang negative ni kita kalau boleh elakkan lah. Jumpa sebulan sekali just to say hi and tanya khabar pon dah ok. Kita bukan nak putuskan sillaturahim. Kau nak jadi usahawan, kau kena lah kawan dengan usahawan. Kalau kau nak jadi pelumba kereta, kau kena lah kawan dengan pelumba kereta. Not dapat dah kan konsep tu?

So pilih lah orang yang selalu motivate kau, boost kau, dengar masalah kau, tak judge kau, always support kau dalam apa jua kau buat ; orang-orang macam ni yang patut kau simpan dalam circle kau dan kau kena takut kehilangan orang-orang macam ni. Sebab bila no one else is there for you, they will always lend their shoulder for you to cry. Korang pun mesti ada that special circle where you share, open up about everything and support each other kan.

From our side pulak, when you are in the circle that people point out kau punya salah tu kita terima lah dengan hati yang terbuka. Diorang point out bukan sebab benci tapi sebab sayang. Nak tengok kau berubah lagi better. Ada certain orang tak boleh terima bila orang point out salah dia. Contoh aku. Hahahaha. But now Alhamdulillah dah mula terima sikit-sikit people's point of view and now aku galakkan lagi kalau ada orang nak kritik aku or what not so that I can improve. Kalau main game orang cakap level up. Ingat pukul 100 poring tu best ke? 

This also applied dekat social media. Sebab social media adalah penyumbang utama kepada depressi dan anxiety dan korang memang kena ubah social circle dalam media sosial korang. Sebab apa aku kata penyumbang utama?  Sebuah article (click sini) memberitahu yang seorang manusia menghabiskan masa selama 50 minit sehari di dalam lama facebook. Sebab kau celik mata; social media, kau tengah makan; social media, kau tengah lepak; social media, kau tengah buat apa pun mesti ada selingan dengan social media. Betul kan? Katakan lah dalam friend/follower korang ada yang negative. Hari-hari kau akan baca negative things. Salah satu contoh, politik and isu semasa. Dua benda ni cukup untuk buat kan kau anxious. Sebab politik dan isu semasa adalah 2 di dalam beratus benda yang kita tak mampu kawal. 

Bagi sesiapa yang ada masalah dengan kesihatan mental, lagi lah aku sarankan dengan siapa korang berkawan dalam laman sosial. Mungkin korang boleh pilih mana group yang korang nak masuk tapi posting dari kawan-kawan facebook kita tak boleh kawal (Haa aku akan kupas tajuk ni nanti dekat next posting). Kalau korang tak nak buat dia dari list Facebook korang, korang boleh mute terus post dia so that tak akan terlintas langsung post negative dekat news feed korang. Macam aku, aku ada 2 akaun Facebook. Satu positif, satu negative. Akaun positif adalah akaun utama aku where there's not so many friends. Akaun negatif aku ni pulak di mana tempat aku lepaskan rasa tak puas hati, nak meroyan membebel dan ikut perkembangan isu semasa. So memang jarang lah nak masuk akaun negative ni. 

So aku harap korang dapat lah sedikit sebanyak input dari perkongsian aku kali ni. Itu saja untuk posting kali ini. Ada rezeki, ada jodoh aku buat posting lagi. Be positive, Think positive and Stay positive (BTS+). Have faith and may God bless all of you. 

If korang ada opinion nak share, pengalaman nak share, ade kritikan dan komen, boleh lah tulis di section komen. Amat dialu-alukan. Jangan lupa like and share dekat facebook or instagram.