Jadi, secara ringkasnya video tersebut aku kongsikan dengan korang pasal subconscious mind ni and how it works. Jadi social circle kau akan memberi impact dekat subconscious kau. Pernah dengar ayat ni? ; kalau berkawan dengan pencacai kita bau pencacai, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan wangi. Macam tu lah jugak social circle kau. Tak kira lah in real life dan dunia maya. Bahasa mudah untuk faham apa sosial circle ni adalah "geng". Kau mesti ada geng bola kau, geng karoke kau, geng surau kau. Dalam setiap social circle tu orangnya berlainan bukan? Mungkin akan ada sorang dua dalam geng yang sama. Aku groupkan aku punya social circle kepada beberapa kumpulan so that aku boleh kategorikan mengikut kepentingan masing-masing. Mana social circle yang aku patut spend more time with them dan mana social circle yang aku patut avoid or spend less time with them.
Because kalau kau duduk dalam circle yang full of negativity, you'll end up negative. Starting from now, start memilih kawan. Memilih dengan cara macam mana? Kita berkawan dengan semua orang, tapi yang negative ni kita kalau boleh elakkan lah. Jumpa sebulan sekali just to say hi and tanya khabar pon dah ok. Kita bukan nak putuskan sillaturahim. Kau nak jadi usahawan, kau kena lah kawan dengan usahawan. Kalau kau nak jadi pelumba kereta, kau kena lah kawan dengan pelumba kereta. Not dapat dah kan konsep tu?
So pilih lah orang yang selalu motivate kau, boost kau, dengar masalah kau, tak judge kau, always support kau dalam apa jua kau buat ; orang-orang macam ni yang patut kau simpan dalam circle kau dan kau kena takut kehilangan orang-orang macam ni. Sebab bila no one else is there for you, they will always lend their shoulder for you to cry. Korang pun mesti ada that special circle where you share, open up about everything and support each other kan.
From our side pulak, when you are in the circle that people point out kau punya salah tu kita terima lah dengan hati yang terbuka. Diorang point out bukan sebab benci tapi sebab sayang. Nak tengok kau berubah lagi better. Ada certain orang tak boleh terima bila orang point out salah dia. Contoh aku. Hahahaha. But now Alhamdulillah dah mula terima sikit-sikit people's point of view and now aku galakkan lagi kalau ada orang nak kritik aku or what not so that I can improve. Kalau main game orang cakap level up. Ingat pukul 100 poring tu best ke?
This also applied dekat social media. Sebab social media adalah penyumbang utama kepada depressi dan anxiety dan korang memang kena ubah social circle dalam media sosial korang. Sebab apa aku kata penyumbang utama? Sebuah article (click sini) memberitahu yang seorang manusia menghabiskan masa selama 50 minit sehari di dalam lama facebook. Sebab kau celik mata; social media, kau tengah makan; social media, kau tengah lepak; social media, kau tengah buat apa pun mesti ada selingan dengan social media. Betul kan? Katakan lah dalam friend/follower korang ada yang negative. Hari-hari kau akan baca negative things. Salah satu contoh, politik and isu semasa. Dua benda ni cukup untuk buat kan kau anxious. Sebab politik dan isu semasa adalah 2 di dalam beratus benda yang kita tak mampu kawal.
Bagi sesiapa yang ada masalah dengan kesihatan mental, lagi lah aku sarankan dengan siapa korang berkawan dalam laman sosial. Mungkin korang boleh pilih mana group yang korang nak masuk tapi posting dari kawan-kawan facebook kita tak boleh kawal (Haa aku akan kupas tajuk ni nanti dekat next posting). Kalau korang tak nak buat dia dari list Facebook korang, korang boleh mute terus post dia so that tak akan terlintas langsung post negative dekat news feed korang. Macam aku, aku ada 2 akaun Facebook. Satu positif, satu negative. Akaun positif adalah akaun utama aku where there's not so many friends. Akaun negatif aku ni pulak di mana tempat aku lepaskan rasa tak puas hati, nak meroyan membebel dan ikut perkembangan isu semasa. So memang jarang lah nak masuk akaun negative ni.
So aku harap korang dapat lah sedikit sebanyak input dari perkongsian aku kali ni. Itu saja untuk posting kali ini. Ada rezeki, ada jodoh aku buat posting lagi. Be positive, Think positive and Stay positive (BTS+). Have faith and may God bless all of you.
If korang ada opinion nak share, pengalaman nak share, ade kritikan dan komen, boleh lah tulis di section komen. Amat dialu-alukan. Jangan lupa like and share dekat facebook or instagram.
No comments:
Post a Comment