Cucu : Atok, saya ada soalan.
Atok : Apa dia cu?
Cucu : Macam mana kita nak cari orang yang sempurna untuk kita?
Atok : Kau nampak padang di depan tu yang ditumbuhi dengan bunga yang cantik? Kau pergi ke padang tu dan petikkan atok sekuntum bunga yang paling catik sekali dekat padang tu.
Setelah sekian lama memetik, si cucu pun kembali dengan perasaan yang tidak senang.
Cucu : Atok, dah banyak dah saya petik. Tapi bila jalan je depan sikit saya jumpa yang lagi cantik.
Atok : Kemudian apa yang kamu buat dengan bunga-bunga yang kamu petik terlebih dahulu?
Cucu : Saya buang atok, sebab atok nak sekuntum sahaja kan.
Atok : Bila kamu buang bunga-bunga yang dah kamu petik awal-awal tadi, apa akan berlaku dengan bunga-bunga tersebut?
Cucu : Lama-kelamaan mereka akan kering dan mati atok.
Atok : Jadi, begitulah jugak dalam kesempurnaan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Pada waktu ketika kita dah memiliki satu bunga yang cantik akan tetapi dalam perjalanan kita akan bertembung dengan bunga yang lagi cantik lalu kita akan petik bunga tersebut kerana dia memiliki ciri-ciri yang kita cari dan kita akan buang bunga yang selama ini kita miliki lalu bunga itu akan lama kelamaan mati. Dan proses ini akan berulang selagi mana kita masih mencari dan tidak menghargai. Lain jadi dengan bunga yang kita semai, permulaannya mungkin tidak secantik bunga yang ada di taman tapi pengkahirannya kita tau apa hasilnya kerana kita sendiri yang semai dan baja bunga tersebut.
Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada. Kita selalu membandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain sedangkan yang didepan mata itu lah yang perlu dihargai dan diperbaiki. Pernah tak sekali dalam seumur hidup kita, kita membandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain tak ada? Tak pernah. Sebab kita memang manusia yang tak pernah kenal erti syukur.
No comments:
Post a Comment