Chit-Chat

huhuhu..kotak nie disediakan utk kemudahan anda semua..nak sembang ka apa ka ekot suka ati angpa laaa..janji happy..muahahahaha..gune kan ia dgn seadanya..ahaks..
ShoutMix chat widget

Blog Archive

Monday, June 14, 2010

Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan


"Dan jaganlah kamu (merasa) lemah , dan jangan (pula) bersedih hati , sebab kamu paling tinggi (darjatnya) , jika kamu org beriman . " Surah Al-Imran , Ayat : 139

Seruan daripada Allah S.W.T kpd seluruh mukminin.Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan,tidak akan diselubungi kesedihan dan kamu sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan.Kekecewaan tidak akan bergabung dengan keimanan,kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.


ok dalam issue kali nie..ape yg kite boleh tolong saudara2 kite dekat GAZA..kalau org2 yg dah register untuk menjadi sukarelawan Alhamdulillah aku ucapkan sebab korang ade keberanian nak pegi sane dan hulurkan bantuan..and aku tak maksudkan yg korang tak nak pegi tuh tak berani..maybe parents tak kasi..umo tak cukup or etc..so hanye Allah jer tau ape dekat dalam hati korg..bagi sape2 yg tak boleh pegi and boleh pegi,kite boleh buat banyak perkare untuk tolong saudara2 kita dekat sane..

Ini adalah kewajipan setiap individu :

1-Qunut - membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya dekat org2 yg tak tau lagi..

2-Tinggalkan makanan,minuman dan mase berehat yg berlebihan dan salurkannya kepada suadara2 kite dekat Palestin.Salurkan bantuan dekat badan2 NGO yg menguruskan sumbangan bantuan kepada rakyat Palestin.

3-Mendermalah untuk membeli senarai ubat2 yg diperlukan dan diumumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor2 Arab.Anda boleh menyumbang secara terus ataupun dalam bentuk kewangan.

4-Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan(untuk menyalurkan kelengkapan pakaian,makanan dan bahan api)

5-Menyumbanglah dengan darah dgn erti kata lain derma darah (Jika korg terhalang untuk berjihad di bumi Palestin,so derma la darah untuk menyelamatkan para mujahidin dekat sane)

6-Luahkan kemarahan korg dgn segala wasilah yg dibernarkan..jgn lah marah sambil carut2..tuh dah same macam org2 Yahudi dgn erti kata lain - sertai perhimpunan2 yg diadakan secara sah)

7-Sebarkan perkara ini melalui email,sms or banner.

8-Tabung Palestin disetiap rumah.(didik satu keluarga menabung dgn niat menderma kepada tabung Palestin)

9-Kepada seluruh warga kerja,gunakanlah kedudukan korg untuk menyelamatkan Palestin.Contoh:-

  • Para pendakwah : bangonkan ummah untuk membantu Palestin dan seluruh pihak2 berkuasa dgn kebenaran.
  • Ahli Parlimen : gunakanlah segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawab secepat mungkin.
  • Ahli Politik & Parti :himpunkan ummah untuk isu ini,berlumbe2 lah untuk menyelamatkan ummah..jgn dok giler kuase jer.
  • Pengamal Undang2:berusaha di peringkat antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai2 yg dilakukan laknatullah Israel.
  • Wartawan : sertailah dgn kalimah : melalui bahan bacaan atau pun television dan semua jenis media.

Kewajipan secara Jama'ie

Semua Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.


"Dan katakanlah : bekerjalah kamu,maka Allah akan melihat pekerjaan mu,begitu juga RasulNya dan org2 mukmin" Surah At-Taubah , Ayat : 105

0 kritikan:

About Me

My photo
ehem2..blog aku umpama diari ku..tempat ku menulis dan meluahkan ape yg aku rase..i write what i want to write..sharing tuh siket2 ah..hahahaha..tapi kalau tak suke jgn nak comment pakai perkataan2 yg tak bertamadun dan sbgnye..just close the tab and pooofff!! go..ok..? (^^,)*V

Followers

WishList!!

1 :: Handphone baru Sony Satio

2 :: Lappy Baru Sony Vaio

3 :: DSLR

4 :: Desktop baru (buat main game)

5 :: Seluar Jeans (yg amat banyak sebab aku ade 2 jer)

6 :: Kasot Everlast/Supra

7 :: New White Guitar (acah2 suci kalo putih :D )

Template by: Free Blog Templates