Chit-Chat

huhuhu..kotak nie disediakan utk kemudahan anda semua..nak sembang ka apa ka ekot suka ati angpa laaa..janji happy..muahahahaha..gune kan ia dgn seadanya..ahaks..
ShoutMix chat widget

Blog Archive

Tuesday, June 15, 2010

Al-Aqsa Terus Diceroboh

Pencerobohan baru yang dilakukan oleh Rejim Zionis ke atas Masjid al-Aqsa dan sekitarnya ialah dalam bentuk penggalian terowong yang baru di bawah pagar-pagar Masjid al-Aqsa yang mana dapat meruntuhkannya.

Mudir Persatuan Al-Aqsa, Syeikh Farid al-Haj Yahya menegaskan bahawa pihak penjajah Yahudi telah berkerja siang dan malam secara berterusan dalam menggali terowong yang tersembunyi dari pandangan umum itu. Jabatan Arkeologi Israel telah menghulurkan bantuan dengan cara membeli sebuah kedai kecil melalui perantaraan broker dengan harga USD60. Kedai tersebut terletak di jalan Al-Wadi berhadapan dengan Kedai Makan Al-Buraq iaitu berdekatan dengan Dinding al-Mubakka. Ia merupakan tempat bersembunyi bagi menjalankan kerja-kerja menggali terowong dari dalamnya. Terowong tersebut terus digali sebaik saja kedai tersebut ditutup pintunya. Kerja-kerja penggalian tersebut masih berterusan bermula di Jalan Al-Wadi memanjang terus dan menghala ke Pintu As-Silsilah hingga sampai ke pintu Masjid Al-Aqsa. Penggalian ini dilaksanakan mereka pada waktu siang, di samping mengambil langkah berhati-hati agar tidak terbongkar rahsia mereka itu.

Terowong yang digali oleh pihak Yahudi tersebut bukan hanya satu bahkan terdapat banyak terowong yang digali dengan menggunakan cara yang sama. Terdapat pelbagai pertubuhan Yahudi yang membiayai penggalian tersebut dengan kerjasama kerajaan dan Jabatan Arkeologi Israel. Untuk memalingkan pandangan dan mengelirukan masyarakat antarabangsa dari membincangkan isu percerobohan ke atas Masjid al-Aqsa, pihak Yahudi telah menimbulkan pelbagai isu lain agar rancangan pencerobohan mereka tersebut dapat diteruskan tanpa perlu menangani sebarang bentuk kritikan dan tindakbalas.

Khalil at-Tafkajy, pakar dalam isu penempatan penduduk dan merupakan Mudir Bahagian Pemetaan dalam Persatuan Pengajian Arab, menegaskkan, "Sesungguhnya penjajah Yahudi sedang merancang mahu mendirikan bandar terowong di bawah Bandar al-Quds yang dijajah. Pembinaan tersebut bertujuan untuk menguasai Masjid al-Aqsa bagi memudahkan mereka mendirikan Kuil Yahudi di masjid suci berkenaan. Penjajah Yahudi telah berjaya membina terowong besar yang ketinggiannya mencecah 8 meter. Ia telah, secara langsung, melemahkan struktur binaan Masjid al-Aqsa. Sekarang Rejim Yahudi sedang membuat persediaan untuk membuka dan merasmikan terowong yang baru setelah melakukan perasmian terowong yang lama pada tahun 1998."

Rejim Yahudi Zionis sentiasa mengambil kesempatan di atas keadaan semasa masyarakat Palestin untuk menyiapkan kerja-kerja penggalian lantas merealisasikan impian mereka. Apatah lagi satu kajian telah dikeluarkan kepada pihak Isarel yang menyatakan bahawa Al-Quds adalah milik Yahudi semata-mata. Dengan itu, mereka beranggapan bahawa amat penting bagi mereka menghapuskan kewujudan bangsa Arab di Al-Quds. Sekarang, kita dapat melihat dengan jelas, Rejim Zionis telah menyekat dan melarang penduduk Al-Quds dari menambah dan memakmurkan Masjid al-Aqsa. Mereka juga menghalau penduduk sekitarnya supaya meninggalkan rumah-rumah dan kedai-kedai mereka. Bandar al-Quds juga sentiasa dikepung dan berada dalam sekatan.

Menurut At-Tafkajy, "Pihak Yahudi terus memperluaskan Bandar al-Quds sejak mula menjajahnya. Pada tahun 1967, keluasan Bandar al-Quds hanyalah sekitar 6.5 km persegi dan apabila ia dijajah dan dikuasai Yahudi keluasannya bertambah menjadi 72 km persegi sekarang yang didiami oleh penduduk. Pihak Yahudi telah menguasai kawasan lapang Al-Buraq dan tempat sucinya yang dirobohkan bagi mendirikan perkampungan Yahudi. Mereka juga telah menguasai rumah-rumah di perkampungan orang Islam. Pihak Israel hari ini telah merampas lebihkurang 30% kawasan Bandar al-Quds dan mendirikan 5 kawasan penempatan mereka. Di samping itu mereka juga telah membina 15 penempatan lain di kawasan subur yang sesuai dengan aktiviti pertanian. Sekarang ini mereka berusaha menghalau penduduk bandar Al-Quds dengan cara mengenakan kadar cukai yang tinggi yang diwajibkan ke atas mereka. Melalui pembinaan Tembok Pemisah Yahudi, mereka berjaya menempatkan golongan Yahudi dengan kehidupan yang selesa di Bandar al-Quds."

Usaha pihak Rejim Israel tidak terhenti setakat itu saja bahkan, menurut At-Tafkajy, wujud penyeliaan secara langsung dari pihak atasan kerajaan haram Israel bagi menpercepatkan pelaksanaan projek-projek Israel di Bandar al-Quds. Antara projek mereka yang paling merbahaya ialah usaha mereka dalam menambah bilangan penduduk Yahudi di Bandar al-Quds yang kini mencecah lebih dari 88% berbanding bilangan orang Arab Palestin yang hanyalah 12% sahaja. Ini menunjukkan bahawa kelompok Yahudi bukan sahaja telah menguasai bandar tersebut bahkan setakat ini mereka telahpun menguasai 70 buah rumah di perkampungan Islam, di mana bilangan penduduknya melebihi 24,000 orang. Perkembangan ini, tidak boleh tidak, menuntut satu tindakan serius diambil oleh seluruh umat Islam secara global untuk menyekat sebarang pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa dan bandar sekitarnya.

0 kritikan:

About Me

My photo
ehem2..blog aku umpama diari ku..tempat ku menulis dan meluahkan ape yg aku rase..i write what i want to write..sharing tuh siket2 ah..hahahaha..tapi kalau tak suke jgn nak comment pakai perkataan2 yg tak bertamadun dan sbgnye..just close the tab and pooofff!! go..ok..? (^^,)*V

Followers

WishList!!

1 :: Handphone baru Sony Satio

2 :: Lappy Baru Sony Vaio

3 :: DSLR

4 :: Desktop baru (buat main game)

5 :: Seluar Jeans (yg amat banyak sebab aku ade 2 jer)

6 :: Kasot Everlast/Supra

7 :: New White Guitar (acah2 suci kalo putih :D )

Template by: Free Blog Templates