Chit-Chat

huhuhu..kotak nie disediakan utk kemudahan anda semua..nak sembang ka apa ka ekot suka ati angpa laaa..janji happy..muahahahaha..gune kan ia dgn seadanya..ahaks..
ShoutMix chat widget

Blog Archive

Thursday, July 1, 2010

Badut Oh Badut!!

cerite nie berkaitan dgn post aku yg di bawah..aku bangon jer tdo tetibe hati nie tergerak nak online tgk page badut tuh mane tau kot2 die ngaku salah and buat entry bertajuk "ye aku silap and mintak maaf" sebab aku dah soh die bace entry aku and dalam entry aku ade link untuk sistem pengurusan fatwa..akan tetapi sankaan ku merosot..*sigh~ape punye jahil lah minah nie..dalam post die tuh die ade kasi link ustaz zaharuddin..*wadepak!! ustaz tuh terangkan ape itu riba dan hukumnye tapi tak ade plak terang kan ape hukum keje dekat bank..haishh..tak sangka..menjadi badut di blog sendiri..*gelak guling2~ aku bukan tak kesian..aku mmg kesian..tapi kalau dah tegur tak makan saman macam mane..?banyak kali dah tegur..tapi tak jalan..agak2 sape yg ade idea yg bernas cam ner nak tegur die tuh silekan lah..dah lah jahil tambah plak ngn kebodohan diri sendiri tambah plak just tau menilai yg tersurat jer dan bukan yg tersirat..Islam nie banyak bende tersirat kalau korg2 sume nak tau ah..tak boleh nampak pada yg tersurat jer..ok aku bagi contoh..


semua sedia maklum yg bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim diibaratkan sebagai menyentuh kulit babi dan hukum die haram..so dalam ape jua keadaan kite tak boleh bersentuhan antara lelaki dan perempuan lah..?banyak cantik..mane korg blaja..?sebab tuh Islam tuh banyak tersirat..kite boleh bersentuhan dgn kaum hawa nie dgn syarat berada dalam situasi terdesak *bukan sangap!! ..contoh cam nie..korg jalan dekat satu lorong pkol 2 pagi..tetibe korg dgr suare org pompuan mintak tolong..die dalam longkang..so tak kan dgn fikiran pegang pompuan itu haram korg nak biarkan die dalam longkang tuh..?so sape yg paham tuh paham lah..sape yg tak paham tuh sudah..hahahah..

so Islam nie tak susah nak amalkan dan tak susah difahami kalau kite pandai menilai..ape yg penting semua yg kita lakukan niat..niat kerane Allah SWT so tak akan menjadi masalah bagi kite..tapi bagi situasi badut tuh aku tak tau nak cakap ape..moga2 Allah SWT bukak lah pintu hati die..dah lah sesuke hati jatuhkan hukum..fatwa kate harus die cakap haram..terbaik ah..yosh..!!!

4 kritikan:

safiyyahosman said...

komen paling panjang aku pernah buat:)..jgn delte pula..

penjelasan mengenai hukum seseorang itu bekerja dengan bank konvensional.

Pertamanya, kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti berkerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh di capai dan tidak mustahil.


"Sistem ekonomi Islam berdasarkan permusuhan terhadap riba. Islam mengisytiharkan riba sebagai satu dosa besar yang membawa bencana dan keruntuhan sosial. Riba mengakibatkan mala-petaka dalam kehidupan ini dan hukuman keras di akhirat, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur'an: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (Al-Baqarah: 276)

Cukuplah dengan membaca apa yang telah Allah firmankan dalam al-Qur'an: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum diambil) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.." (Al-Baqarah: 278-279)

Rasululllah (SAW) bersabda , "Jika zina dan riba berleluasa di satu kawasan, penduduk kawasan itu meminta azab Allah." Hukum Islam dalam melawan kejahatan adalah dengan melakukan yang terbaik untuk menentangnya, mengubahnya dan tidak bekerjasama dengan yang lain dalam melaksanakannya. Maka, jika semua Muslims terlibat dalam membunuh satu nyawa yang tidak berdosa, Allah SWT akan menghukum mereka semua. Rasululllah (SAW) melaknat mereka yang menghasilkan arak, menjualnya , meminumnya, mempromosinya , mereka yang duduk dengan peminumnya, pembawanya dan mereka yang arak itu dibawa kepada. Dalam hadith lain, Rasululllah (SAW) melaknat rasuah, mereka yang memberinya, penerimanya dan mereka yang mendorong kepadanya atau mempromosinya. Begitu juga , Rasululllah (SAW) melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan mereka yang menjadi saksi kontrak itu.

Hadith Rasululllah (SAW) ini mengancam kehidupan sebahagian Muslims yang taat yang bekerja dengan bank dan institusi kewangan lain.

safiyyahosman said...

Bahkan, halnya lebih daripada menjadi saksi kontrak. Riba menyerap ke dalam segenap lapisan sistem ekonomi dan institusi kewangan kita. Malapetaka ini menjadi umum, seperti Rasululllah (SAW) pernah bersabda, "Akan datang satu masa yang setiap orang makan riba dan mereka yang enggan akan disentuh oleh debunya."

Malapetaka ini tidak akan berubah dengan keengganan seseorang untuk bekerja di bank. Perkara yang mengubah ialah kemahuan masyarakat untuk mengelakkan kesan buruk system riba. Riba berpunca daripada eksploitasi sistem kapitalis. Perubahan akan datang apabila manusia mengubah nasib mereka dengan tangan mereka dan bertindak sewajarnya. Islam tidak melarang membuang penyakit ini secara berperingkat. Ini ialah Sunnah Rasululllah (SAW) dan Islam dalam membuang tabiat minum arak. Apa yang penting ialah manusia mesti di yakinkan akan kesan buruk riba. Melalui cara ini, apabila mereka mempunyai kemahuan untuk berubah, mereka akan berubah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Maka, setiap Muslim sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh dan menumpukan tenaga untuk membina system ekonomi kita mengikut arahan Islam. Matlamat ini boleh dicapai dan tidak mustahil. Terdapat banyak Negara dan berjuta-juta manusia yang tidak mengikuti system riba. Negara tersebut ialah Negara komunis. Jika kita juga melarang bekerja dengan bank dan institusi kewangan, maka non-Muslims akan mengawal ekonomi kita termasuk juga ekonomi antarabangsa. Biasanya, mereka yang mengawal ialah Yahudi dan ini tidak memberikan kita apa-apa kebaikan.

Secara umumnya, kebanyakan kerja di bank tidak dilarang, kecuali sebahagian kecil kerja yang terlibat dengan riba. Saya lihat tiada masalah dalam bekerja dengan bank.

Disamping itu, kita semua sepatutnya bekerja untuk menukar system itu dan melakukan yg terbaik dalam mengendalikan diri kita untuk disesuaikan dengan kerja kita dan keridaan Allah kepada kita. Bekerja ialah kewajipan untuk menyediakan rezeki kepada seseorang dan keluarganya.

dah baca belom???ahahahha..lu pikirlah sendiri..

Anonymous said...

kenape blog awak ni name teddy...suke men teddy lagi eh? alololo comey nya dia.. awk baper umur ni? thehehe...

selamat berkenalan

p/s..awk tk baik dh cakap DEAD.. kan tuhan dh bagi nyawa...tk baik tau..bsyukur masih lagi bnyawa ..badan pun tuhan kasi pinjam jek ni..

z h a f said...

uiks..cik singe dah sampai..wahai cik singe..kalau setakat nampak pada lahiriah nye aje tak gune..tuh for sure copy paste..so kalau copy paste tak faham buat ape..sigh~

About Me

My photo
ehem2..blog aku umpama diari ku..tempat ku menulis dan meluahkan ape yg aku rase..i write what i want to write..sharing tuh siket2 ah..hahahaha..tapi kalau tak suke jgn nak comment pakai perkataan2 yg tak bertamadun dan sbgnye..just close the tab and pooofff!! go..ok..? (^^,)*V

Followers

WishList!!

1 :: Handphone baru Sony Satio

2 :: Lappy Baru Sony Vaio

3 :: DSLR

4 :: Desktop baru (buat main game)

5 :: Seluar Jeans (yg amat banyak sebab aku ade 2 jer)

6 :: Kasot Everlast/Supra

7 :: New White Guitar (acah2 suci kalo putih :D )

Template by: Free Blog Templates